“UMNO mengambil tindakan dan keputusan bersama demi kepentingan parti ini. Apa yang telah berlaku suatu penegasan oleh parti,” tegas Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya keputusan itu dibuat secara bersama demi kemaslahatan UMNO kerana sebarang anasir termasuklah anasir dalaman yang berusaha memburuk-burukkan institusi kepimpinan parti, memecah-belahkan atau mengganggu-gugat parti katanya.

“Jika institusi ini dilemahkan dengan anasir dalaman yang merekayasa dakyah dan tohmahan, tentunya akan merosakkan keharmonian. Seperti saya katakan, kini bukan masa untuk menoleh.Kesilapan lalu tidak boleh berulang. Gunting dalam lipatan perlu dikekang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Presiden UMNO itu berkata mana-mana parti politik lain juga melakukan tindakan yang sama bagi memastikan institusi kepimpinannya dihormati.

Pada mesyuarat MT UMNO Jumaat lepas, parti itu memutuskan untuk memecat Datuk Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, semalam media melaporkan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail mengesahkan beliau serta Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digantung keahlian parti selama enam tahun.

Kesilapan lalu tidak boleh berulang. Gunting dalam lipatan perlu dikekang,” katanya melalui posting di Facebook tadi.

Sebelum ini pada mesyuarat MT UMNO Jumaat lepas, parti itu memutuskan untuk memecat Datuk Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, semalam media melaporkan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail mengesahkan beliau serta Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digantung keahlian parti selama enam tahun.

Tamat