“Sebarang aktiviti yang boleh meransang pelanggaran norma masyarakat tempatan tidak boleh diberikan ruang untuk membiak,” itu kata tegas dari Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melalui Facebook rasmi beliau tadi.
Menurutnya keputusan itu dibuat susulan berlakunya satu penganjuran Muda-Mudi Weekend Festival pada Sabtu lalu, yang mempamerkan anak muda terkinja-kinja melompat melalui konsert haram berkenaan.
“Penganjuran Muda Mudi Weekend Fest yang melibatkan konsert hiburan yang mencetuskan kelakuan di luar tatasusila tidak akan dibenarkan di seluruh Kedah.
“Kejadian muda mudi terkinja-kinja tanpa arah gara-gara konsert hiburan di Balai Seni Alor Setar kelmarin menjadi penanda aras bahawa penganjuran program hiburan di negeri ini dilarang sama sekali”.
Walaubagaimanapun beliau berkata penganjuran acara yang menyihatkan tubuh badan amat digalakkan.
“Penganjuran acara yang menyihatkan tubuh badan seperti fun run, fun ride, treasure hunt, pertandingan memancing, dan lain-lain pertandingan yang selari dengan undang-undang, garis panduan program terbuka dan sesuai dengan tatasusila masyarakat tempatan adalah digalakkan,” katanya
Tamat