Lain macam Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin bila menghentam semula Zahid Hamidi apabila dia digantung keahliannya sebagai ahli UMNO.
“Kita masih (ahli) Umno, tiada masalah, itu gantung (keahlian) tu bukan (hukuman) gantung mati, apa masalah.
“Kalau nak gantung… gantung bagi mati, dia ok. Kalau takut mati takut dia hidup balik,” katanya secara berseloroh.
Beliau dilaporkan digantung daripada parti selepas diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kertas Tertinggi (MKT) UMNO, Jumaat lalu.
Selain Tajuddin, MKT UMNO juga memecat keahlian Ketua UMNO Cawangan Projek Perumahan Awam (PPA) Sri Labuan yang juga blogger, Datuk Zaharin Mohd Yasin dan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail daripada parti berkuat kuasa serta-merta, mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9.
Tamat