“Tuduhan pondok sebagai tempat melahirkan ekstremis dan pelampau itu tidak betul,” itu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad ada pihak tertentu sengaja mencemarkan institusi pondok termasuk menggelar sebagai tempat ekstremis.
Menurutnya tuduhan tersebut jelas tidak berasas yang sengaja dilemparkan bagi menjejas pusat pengajian pondok di mata masyarakat. ini kerana mereka mahu sistem liberal diangkat.
Oleh itu usaha golongan liberal yang mahu meruntuhkan akidah umat Islam tidak akan berjaya sekiranya institusi pendidikan pondok terus dipertahankan di negara ini.
” Kita semua tahu tahu sistem pondok menjadi benteng mempertahankan akidah orang Islam melalui penyebaran ilmu Islam sejak sekian lama.
“Sekarang hendak cari calon imam masjid di kampung-kampung agak sukar kerana kekurangan calon yang berkelayakan dalam bidang agama.
“Alhamdulillah di Kelantan dan Kedah masih terdapat banyak institusi pendidikan pondok yang menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam,” katanya semalam ketika merasmikan penutup Ijtimak Persatuan Pondok Se-Malaysia di Pusat Pengajian Pondok Kandis.
Tamat