Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kenyataan Zahid Hamidi yang mengatakan PRU 15 perlu diadakan untuk rakyat.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, sebenarnya PRU diadakan untuk membolehkan UMNO menjadi Perdana Menteri.
“PRU untuk rakyat? Benarkah. PRU sebenarnya untuk UMNO jadi Perdana Menteri.
“Jadi Perdana Menteri boleh curi duit, boleh lantik Peguam Negara (AG) dan AG boleh lindung ‘penyangak’,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook semalam.
Melalui posting berkenaan Mahathir menambah beliau mahu menasihatkan tentang sesuatu perkara.
“Saya nak nasihatkan sesuatu. Bukan orang yang menerima nasihat yang salah.
“Pemberi nasihat yang salah. Seperti penasihat (adviser) British nasihatnya mesti dipatuhi,” ujarnya.
Tamat