“PAS berpendirian dalam apa jua keadaan, kepentingan negara dan rakyat hendaklah didahulukan, di samping langkah-langkah pemulihan ekonomi yang perlu terus disokong,” itu kata tegas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam.

Menurut beliau keperluan rakyat adalah lebih utama daripada keperluan politik termasuk PRU 15. Ini kerana pada situasi berkenaan negara biasanya bakal berdepan dengan keadaan musim banjir.

“Pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tidak perlu disegerakan, mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan,” katanya.

Walaubagaimanapun PAS akan tetap merangka strategi utama dalam usaha agenda perpaduan ummah serta berdepan dengan parti lawan.

“PAS tetap meneruskan perbincangan dan rundingan dengan semua pihak (parti politik, NGO, ahli akademik, tokoh masyarakat) ke arah menjayakan agenda perpaduan ummah, bagi mencapai titik persamaan dan mengelakkan pertembungan sesama sendiri, sekali gus mengalahkan Pakatan Harapan,” .

Tamat