Ketika kecelaruan rakyat yang bimbangkan masalah keadaan cuaca dan golongan parti yang mahukan PRU 15 lebih awal Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tiba Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) dekat Ampang, pagi tadi.
Ini membuktikan rakyat Malaysia mempunyai harapan mengadu berbanding golongan politik yang mahukan pilihan raya lebih awal kerana ketamakan kuasa. Lawatan Baginda ini diadakan ketika desakan kepimpinan tertinggi Umno mendesak PRU 15 lebih awal.
Ketibaan baginda disambut Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Menurut pegawai Istana Negara yang turut hadir, pihak istana meminta taklimat diberikan agar Seri Paduka dapat menilai persediaan agensi kerajaan untuk menangani musim banjir tidak lama lagi.
Dalam lawatan pagi tadi baginda dijadualkan mendengar sembah taklimat secara terus daripada Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenai perkembangan terkini ramalan cuaca negara yang ketika ini sedang berada dalam peralihan monsun.
Taklimat itu akan disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang, bersama Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dan Ketua Pengarah JPS, Datuk Dr Md Nasir Md Noh.
Al-Sultan Abdullah turut dijadual menerima sembah taklimat berhubung perkembangan semasa COVID-19 dan kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan (KKM) menghadapi banjir yang disampaikan oleh Khairy.
Namun, majlis taklimat pagi ini yang dijadualkan berlangsung selama dua jam diadakan secara tertutup.
Tamat