Isu PRU 15 dan musim banjir kini tak lekang diperkatakan. Sebelah sana katakan tidak, sebelah sini mahu jalankan PRU.

Terbaru Timbalan Presiden MIC M Saravanan menyatakan pendirianya tetap mahu adakan PRU 15 walaupun banjir serta tidak kisah sekiranya keputusan itu membuatkan rakyat marah.

“Kalau kerajaan hari ini buat kesilapan besar adakan pilihan raya masa banjir, kalau betul-betul rakyat marah, biarlah rakyat marah,” katanya dilihat angkuh kini.

Sementara itu, ahli parlimen Tapah menafikan spekulasi pilihan raya akan berlangsung ketika musim banjir.

“Soal pokoknya siapa kata kita nak adakan pilihan raya masa banjir.

“Kita lihat MetMalaysia kata mungkin banjir lepas 15 November hingga Januari.

“Kalau esok lusa palrimen bubar, pilihan raya diadakan sebelum minggu pertama atau kedua November, kita masih selamat tiada masalah,” jelasnya.

Tamat