“Tuanku titah itu kuasa Menteri Besar, terpulanglah kepada pertimbangan Menteri Besar. Saya selamat dah untuk DUN tak gaduh pilihan raya sampai tahun depan,” itu jelas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tadi.

Menurutnya Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin PAS kekal untuk tidak membubarkan DUN kerana bimbang cuaca buruk dan risiko bencana banjir mulai November ini hingga Mac tahun depan.

Pada masa sama beliau memaklumkan telah menyembah maklum perkara itu kepada Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Selasa lalu.

“Saya telah sembah maklum kepada Tuanku (Sultan Kedah) bahawa kerajaan negeri tidak akan membubarkan DUN pada tahun ini sehingga bulan Mac 2023, selepas daripada itu (Mac tahun depan) bolehlah dipertimbangkan untuk (DUN) dibubarkan,” katanya.

Sekiranya Kerajaan Persekutuan membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat, Kedah tidak akan ikut serta .

Jika PRU 15 tahun ini pasti menyukarkan orang ramai untuk keluar mengundi serta mungkin menyulitkan pasukan keselamatan seperti polis untuk menguruskan aspek keselamatan akibat banjir dan pada masa sama memantau perjalanan pilihan raya jelasnya.

Pada masa sama, tiga negeri yang diterajuinya PAS (Kedah, Kelantan dan Terengganu) turut mengambil langkah sama untuk tidak menbubarkan DUN sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Tamat