“Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan baginda tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil,” itu jelas Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.
Menurut beliau juga berkata Agong menzahirkan harapan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan PRU15 dalam tempoh terdekat dengan mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan November ini.
“Justeru, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar SPR menjalankan PRU15 dalam tempoh terdekat dengan mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan November 2022.
“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah, khususnya bencana banjir,” katanya.
Susulan itu, PRU15 perlu diadakan dalama tempoh 60 hari. SPR dijangka akan mengadakan mesyuarat bagi menetapkan tarikh penamaan calon, tarikh undi awal dan tarikh mengundi.
“Setelah memperhalusi permintaan tersebut, maka Seri Paduka Baginda selaras dengan kuasa-kuasa Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang termaktub di bawah Perkara 40(2X(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan telah memperkenankan permintaan perdana menteri bagi pembubaran Parimen ke-14,” katanya lagi.
Tamat