Belum selesai musim banjir tiba-tiba keluar berita Perdana Menteri Ismail Sabri akan menyampaikan perutusan khas pada jam 3 petang ini.

Pastinya membuatkan perasaan kurang senang untuk bercakap soal PRU-15 dalam keadaan banjir dan cuaca buruk kini.

Ismail Sabri melalui akaun Twitter menyertakan hantaran poster makluman perutusan itu yang akan disiarkan di media utama, antaranya RTM, Bernama, TV3, Astro Awani , TVS dan TV Al Hijrah.

Perutusan khas ini juga dapat diikuti menerusi Facebook Live perdana menteri, rakyat pasti tertunggu-tunggu sama ada wujud cahaya di hujung terowong ataupun terpaksa berhadapan dengan kerenah politik yang mahukan kuasa lebih awal.

Tamat