Jika dilihat keadaan Malaysia yang terpaksa bertarung dengan keadaan cuaca kini tindakan membubarkan Parlimen dilihat terlalu tergesa-gesa.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, beliau melahirkan rasa kecewa apabila keadaan pembubaran Parlimen dilihat terlalu awal sehingga sedangkan rakyat risau akan banjir yang melanda kini.

“PAS melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa hanya dalam tempoh 4 tahun 5 bulan sahaja dalam Penggal Parlimen Ke-14.

“Walaubagaimanapun PAS tetap optimis usaha penyatuan ummah tidak akan digagalkan oleh sesuatu agenda yang bukan untuk kepentingan awam dan negara.

“Oleh itu PAS mengajak seluruh rakyat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU-15 yang sangat penting ini,” katanya.

Tamat