Perkara misteri kini sudah terzahir apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Walaupun berlaku kerisauan kepada rakyat namun keputusan itu tetap diambil dan semestinya semua melihat perutusan khas khas yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen dan semua platform media sosial.

“Pembubaran ini dilaksanakan bagi menoktahkan suara-suara yang selama ini meratib keabsahan kerajaan, kerajaan pintu belakang dan kerajaan tebuk atap,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia diharapkan dapat menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk memilih kerajaan yang mampu meneruskan pelaksanaan Bajet Keluarga Malaysia 2023, mengekalkan kestabilan politik, memulih dan mengukuh ekonomi serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan Keluarga Malaysia yang berbilang agama, kaum dan etnik.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan sekali dalam setiap lima tahun dan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

Tamat