Rakyat kini dikatakan terbeban dengan keadaan banjir serta musim hujan tiba-tiba dikejutkan dengan kenyataan bubar Parlimen mampu kembalikan kemaslahatan rakyat daripada Presiden UMNO, Zahid Hamidi.

Kelihatan agak sempit pemikiran Zahid apabila menggunakan contoh begitu memberi kuasa penentuan kepada rakyat untuk mengembalikan kestabilan dan kemakmuran negara.

“Alasan risiko banjir besar juga sudah tidak lagi relevan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung sebelum pertengahan November depan.

“‘Dalil’ baharu yang bertujuan mencipta persepsi jahat terhadap BN itu terpesong jauh daripada kebenaran mengenai tujuan sesebuah pilihan raya.

“PRU15 bukan ‘upacara’ menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada BN tanpa ada pertandingan, sebaliknya sebuah proses undian rakyat yang menentukan,” katanya.

Tamat