Tak perlu salahkan orang lain setelah keputusan dibuat, itu tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila pihak UMNO yang selama ini mahukan PRU 15 dalam banjir kini mulai menuding jari kini.
“Ia sangat tidak bertanggungjawab apabila Perdana Menteri menyalahkan saya dan ahli Kabinet mengenai apa yang berlaku sekarang.
“Mereka tidak patut salahkan sesiapa, mereka yang bertanggungjawab. Kita tidak pertikaikan keputusan Yang di-Pertuan Agong yang perkenan PRU-15 atas budi bicara baginda kerana ia mengikut perlembagaan,” katanya.
Muhyiddin berkata, pihaknya sebolehnya mahukan PRU 15 ditangguhkan dahulu untuk memberi ruang kepada keperluan banjir nanti
“Wakil saya dalam Kabinet berhak (mengutuskan warkah) kerana tiada perbincangan secara mendalam dan diputuskan dalam Jemaah Menteri untuk bubarkan Parlimen.
“Saya juga sebenarnya ada perjanjian dengan Ismail Sabri ketika beliau jadi Perdana Menteri dan antara kandungannya kalau nak bubar Parlimen sewajarnya bincanglah dengan pemimpin PN,” katanya.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, apa yang dilakukan PN adalah untuk melaksanakan tanggungjawab parti terhadap kebajikan dan keprihatinan terhadap rakyat.
Tamat