Walaupun menjalani hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd Najib Razak tetap bakal ‘steady’ bertanding Parlimen Pekan.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Zamri Ramly, mengesahkan nama Najib antara lima calon dikemukakan bahagian itu untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).
Pada masa sama, kenyataan itu menolak jangkaan ramai pihak bahagian itu akan menamakan dua anak Najib, Datuk Nizar Najib atau Nooryana Najwa, bertanding di kerusi berkenaan.
“Tiada perancangan meletakkan anak Datuk Seri Najib untuk bertanding di Parlimen Pekan jika beliau tidak layak bertanding.
“Sebaliknya, sesiapa yang dipilih bertanding di situ nanti akan menyerahkan kembali kerusi Parlimen Pekan kepada Datuk Seri Najib selepas mendapat pengampunan,” katanya seperti dilapor dalam FMT yang memetik Utusan Malaysia.
Tamat