Orang ramai seakan tak ambil peduli PRU 15 kerana musim banjir, hujan, lebat dan bencana. Jika dilihat kini hanya parti yang kelihatan mahu mendominasi PRU tanpa mengambil ihsan rakyat yang sedang berhadapan bencana kini.
Terbaru seramai 43 mangsa daripada 11 keluarga kini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa, Padang Matsirat di sini, malam tadi, bagi mengelakkan berlakunya insiden yang lebih teruk selepas rumah mereka dinaiki air.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, semua mangsa dari Kampung Limbung Putra, Kampung Buluh Penyumpit dan Kampung Atas.
“Terdapat sebuah rumah di Kampung Buluh Penyumpit, Kuah terjejas akibat tanah runtuh.
“Bagaimanapun kawasan lain yang dinaiki air akibat hujan lebat semalam, sudah surut menjelang lewat petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama,notis penutupan jalan ke Gunung Raya dikeluarkan selepas berlaku empat runtuhan tanah dan menghalang lalu lintas.
Sementara itu, Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata melalui laman Facebook beliau memaklumkan Paras air di stesen Sungai Melaka di Padang Matsirat berketinggian 3.48m telah melebihi tahap bahaya (3.4m) sebanyak 0.08m.
Tamat