Punah harapan rakyat jelata apabila tiba-tiba Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Bajet 2023 akan dibentangkan semula.
“Kita dah umum bajet, tetapi kita belum luluskan lagi, kita kena bentang dulu dan akan bentang sekali lagi sebelum akhir tahun ini,” katanya.
Tergula-gula rupanya perbentangan Bajet 2023 ini mungkin digunakan sebagai pancing sebelum diumumkan PRU 15 nanti.
Pada 7 Oktober lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion.
Belanjawan itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
Tamat