Susulan kematian Mahsa Amini ketika dalam tahanan kini memasuki minggu kelima menyebabkan berlakunya rusuhan protes di dalam penjara sehingga kehilangan empat nyawa penjara Evin.
Menerusi paparan video viral keadaan teruk sehingga berlakunya kebakaran dengan bunyi tembakan mencetuskan kekecohan, kepulan asap tebal memenuhi ruang penjara berkenaan.
Api dan kepulan asap dilihat menjulang ke udara, selain bunyi tembakan senjata api jelas kedengaran dalam rakaman video yang dikongsikan kumpulan hak asasi berpusat di Oslo, Hak Asasi Manusia Iran menerusi saluran Twitter 1500tasvir.
Penunjuk perasaan yang berang sekali lagi memenuhi jalan raya di seluruh Iran semalam meskipun kerajaan menyekat talian internet, ketika gerakan protes yang dicetuskan oleh kematian Amini ketika dalam tahanan pihak berkuasa, berlanjutan sejak lima minggu lalu.
Tamat