Perak akhirnya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata pembubaran itu selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Katanya, ia selaras dengan Fasal 2, Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
“Pembubaran bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri dilaksanakan serentak dengan Pilihan Raya Umum di peringkat Persekutuan,” katanya pada sidang media khas di Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang, di sini hari ini.
Perak mengikut jejak dua lagi negeri ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu Perlis dan Pahang yang membuat keputusan membubarkan DUN masing-masing pada Khamis dan Jumaat lalu.
DUN Perak sebelum ini menjadi tumpuan apabila satu-satunya negeri ditadbir oleh BN yang belum mendapat perkenan Sultannya bagi pembubaran Dewan Negeri.
Tamat