Orang ramai terkejut apabila melihat simbahan cat berwarna biru dan merah di pagar kediaman rasmi Seri Mentaloon , Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bertempat di Jalan Anak Bukit, Pantai Johor.
Selain itu, cat berkenaan turut kelihatan di pintu pagar yang baru ditukar, pokok hiasan di belakang pagar serta lampu limpah yang menghala ke papan tanda berkenaan.
Malah, tinjauan lanjut di lokasi itu turut menemukan plastik berisi cat merah.
Setakat ini, belum dapat dipastikan siapa dalang di sebalik kejadian itu dengan pihak polis masih berada di lokasi bagi menjalankan siasatan.
Para pegawai Menteri Besar yang dihubungi juga masing-masing belum dapat mengulas lanjut kerana mereka difahamkan turut baru sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Muhammad Sanusi ketika ini pula difahamkan berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi kerajaan negeri.
Tamat
Tindakan samseng upahan taukey kerana lesen premis judi tidak diperbaharui barangkali
LikeLike