“kita cuba nak elak bertembung di antara Pas dan UMNO… Tapi kalau Pas tak mahu kita tak boleh buat apa,” itu kata Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang bimbang sekiranya tiada penyatuan dibuat.

Walaupun Zahid Hamidi menolak secara keras kerjasama dengan PAS, UMNO Pulau Pinang terus mahu mempertahankan jalinan kerjasama sebelum ini bimbang sekiranya DAP kembali liar nanti.

“Selepas Muafakat Nasional (MN) ditubuhkan memang UMNO dan Pas Pulau Pinang sangat rapat, tetapi bila PRU15 nanti kita terpaksa bertanding antara satu sama lain, jadi rasa macam tak kena.

“Dahulu hampir 60 tahun kita tidak berkawan dengan Pas, tetapi sekarang kita dah baik,” katanya dengan yakin.

Menurut sumber akhbar tempatan UMNO Pulau Pinang masih mengharapkan kerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi PRU15.

Menurut Musa berkata walaupun pucuk pimpinan kedua-dua parti memilih haluan sendiri, namun di peringkat negeri, UMNO Pulau Pinang masih mengharapkan ada solusi terbaik untuk mengembalikan kerjasama MN.

Tamat