“Saya beritahu dia orang, kalau you all (awak semua) tak setuju saya bubarkan sahaja Kabinet ni, dengan pecat semua orang, pun saya boleh buat. Silap, patut saya pecat semua sekali,” itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, susulan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Ismail Sabru soal pembubaran Parlimen sepatutnya tidak dipersoalkan kerana ia dijalankan mengikut proses yang ditetapkan dalam Perlembagaan.

“Saya ada bawa ke dalam mesyuarat Kabinet, supaya Kabinet tahu niat saya untuk membubarkan Parlimen. Memanglah ada berbagai pandangan, tetapi akhirnya saya membuat keputusan.

“Akan tetapi saya tidaklah seperti itu. Saya orangnya baik, lemah lembut, tetapi bukan lembut,” katanya.

Menurutnya hasrat untuk membubarkan Parlimen itu turut telah dimaklumkan secara isyarat dalam mesyuarat Kabinet terakhir iaitu sebelum pembentangan Bajet 2023.

“Mesyuarat Kabinet terakhir ada saya beritahu semua, walaupun kita bertembung dalam pilihan raya, namun hubungan sesama manusia mesti dikekalkan.

“Kita tak payah nak berperang sampai ‘berpatah arang’. Kita pilihan raya sebulan atau sebulan setengah, selesai sampai itu sahaja. Kita sebagai umat Islam sesama kita ini tali silaturrahim harus kekalkan.

“Jadi saya sudah bagi ‘signal’ pada hari terakhir iaitu pagi sebelum Bajet 2023 dibentang,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri sekali lagi mempersoalkan tindakan pihak pembangkang yang mempertikaikan keputusan pembubaran Parlimen.

Beliau juga sekali lagi menyifatkan tindakan penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago yang memfailkan saman terhadap beliau susulan pembubaran parlimen sebagai mahu mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong.“Sepatutnya pembangkang seronok (apabila Parlimen dibubarkan). Sebab pembangkang kata kerajaan hari ini tidak berapa sah, kerajaan hari ini ‘kerajaan tebuk atap’, kerajaan hari ini ‘tebuk dinding’, kerajaan hari ini kerajaan ‘tebuk pintu belakang’.

“Sepatutnya pembangkang seronok (apabila Parlimen dibubarkan). Sebab pembangkang kata kerajaan hari ini tidak berapa sah, kerajaan hari ini ‘kerajaan tebuk atap’, kerajaan hari ini ‘tebuk dinding’, kerajaan hari ini kerajaan ‘tebuk pintu belakang’.

“Berbagai-bagai tuduhan yang dibuat mereka tentang keabsahan kerajaan yang ada pada hari ini. Kalau macam tu elok kita bubarkan. Ini, saman pula kita,” katanya.

Tamat