Jika PRU 14 Barisan Nasional hanya memenangi dua kerusi Parlimen di Kedah tapi kali ini lapan kerusi bakal menjadi sasaran untuk PRU 15.
“Sasaran lapan ini adalah di kawasan luar bandar yang mempunyai majoriti pengundi Melayu. Kita harap dapat tingkatkanlah melalui kerjasama dan kerja kuat dengan rakan-rakan komponen lain,” itu jelas Timbalan Pengerusi Umno negeri, Datuk Othman Aziz semalam.
Menurutnya keyakinan itu dizahirkan berdasarkan kepada sokongan rakyat yang mahu BN kembali menjadi kerajaan.
“Dengan kerja kuat rakan komponen, BN mungkin dapat tambah satu atau dua kerusi lagi di kawasan bandar seperti Alor Setar dan Padang Serai.
“Jerlun salah satu kawasan yang boleh menang, selain kita harap menang di kerusi seperti Kubang Pasu dan Langkawi.
“Kita letak sasaran bersandarkan prestasi ketika ini selain sentimen semasa melalui perkhidmatan diberikan pihak lawan sepanjang lima tahun ini,” katanya.
Menurutnya calon-calon yang akan ditampilkan parti tersebut pada PRU15 diakui berkemampuan dalam mendengar dan memahami hati rakyat.
“UMNO ini sebenarnya ‘tulangnya’ di kawasan Parlimen luar bandar, jadi saya boleh sebutlah bahawa kerusi-kerusi ini adalah di luar bandar dan pinggir bandar, kerusi dalam bandar selalunya kita serahkan kepada MCA, MIC dan sebagainya.
“Perkara ini akan menjadi kekuatan utama yang akan ditampilkan BN bagi memenangi lebih banyak kerusi di Kedah tanpa mengira siapa lawan dan saingan dalam PRU15,”
Tamat