“Calon sudah ada, yang bertanding atau tidak, soal lain, calon sudah ada. (Majlis) Syura pun sudah luluskan semua dah,” itu kata Naib Presiden PAS, Senator Datuk Idris Ahmad.
Kenyataan itu cukup kukuh membuktikan Majlis Syura Ulama telahpun bersetuju memilih semua calon PAS bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Idris bagaimanapun tidak memperincikan mengenai senarai calon berkenaan dan jumlah kerusi yang bakal ditandingi PAS pada PRU15.
Semasa ditanya media adakah akan kembali ke kementerian yang sama jika diberi peluang, beliau berkata itu perlu tunggu pada ‘hari kejadian’.
“Itu tak bolehlah, itu tunggu pada hari kejadian. Kita tak boleh tentukan,” ujarnya.
Pada PRU15, PAS merupakan salah satu komponen dalam Perikatan Nasional (PN) selain daripada Bersatu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Progresif Sabah (SAPP), dan Parti Solidariti Tanah AirKU (STAR)
Tamat