Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 ditetapkan pada hari Sabtu, 19 November 2022, demikian pengumuman oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Bin Salleh ketika sidang media Pilihan Raya Umum ke-15, sebentar tadi.

PRU tersebut diadakan bagi mengisi kekosongan 222 kerusi Dewan Rakyat, 42 kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang, 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak.

Pada masa yang sama, pilihan raya N66 Bugaya, Sabah juga akan diadakan serentak dengan PRU-15 bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.

SPR juga menetapkan tarikh-tarikh penting lain seperti tarikh penamaan calon iaitu pada hari Sabtu, 05 November 2022 dan hari mengundi awal adalah pada hari Selasa, 15 November 2022.

Selain itu, Tan Sri Abdul Ghani juga memaklumkan berkenaan urusan permohonan semua kategori pos luar negara dan dalam negara telah dibuka bermula 10 Oktober 2022 untuk PRU-15 dan bagi N66 Bugaya Sabah telah mula dibuka dari 13 Oktober 2022 lalu.

Tamat