Hangat diperkatakan baru-baru ini kononnya seorang penyanyi rap baru-baru ‘koyak’ selepas nama terkenalnya dijadikan satu cara bagi mempromosikan nasi dan juga topi.
Tidak berdiam diri apabila ‘rasa’ namanya dijadikan bahan jenaka, Caprice meminta pihak Mydin bagi membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam selain meminta mereka untuk memadam ciapan tersebut.
Dalam hantaran berikutnya, Caprice mengatakan dia tidak teragak-agak mahu menyaman pihak Mydin sekiranya tiada sebarang permohonan maaf daripada pihak tersebut.
Tindakan membuat ciapan di laman Twitter itu jelas membuatkan klien Caprice rasa dihina dan tidak selamat lagi.
“Disebabkan hantaran Mydin pada 19 Oktober, klien kami rasa dihina oleh jenama dan pasaraya mereka kerap beli-belah.
“Penghinaan awam menyebabkan klien kami rasa tidak selamat dan trauma terhadap pembeli, pekerja dan pelanggan dari Mydin. Kami akan mengenakan tindakan undang-undang,”tulis Caprice.
Selain itu, Caprice berharap agar pihak Mydin tampil membuat video permohonna maaf dan ganti rugi atas hantaran berbaur sindiran tersebut.
Tamat