Pastinya semua terkejut apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya sejak empat penggal lalu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
Lain macam kali ini, sejak wujud geng cluster mahkamah pimpinan UMNO yang selama ini bagi keras menyalak tiba-tiba diam bagaikan kucing.
Menurutnya tempat keramatnya Bagan Datui akan diganti oleh sama ada anaknya, Nurulhidayah mahupun orang kanannya.
Politik boleh berlaku seribu rupa, tindakanya itu satu pengorbanan agar nama dan isu yang menyelubungi dirinya tidak dijadikan modal kempen lawan dalam PRU15 yang telah pun ditetapkan pada 19 November ini oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Mana tidaknya Zahid Hamidi masih berdepan dengan 47 pertuduhan lagi dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan kes dakwaan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan dana milik Yayasan Akalbudi.
Tidak sekadar itu Presiden UMNO itu sendiri baru sahaja dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Tamat