“Langkah melantik tiga wakil TPM dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung bukanlah pembaziran malah ia sebenarnya lebih menjimatkan” itu kata bekas Ahmad Maslan yang pernah digelar sebagai menteri kangkung satu ketika dulu.

Menurut Ahmad Maslan, Barisan Nasional mengeluarkan formula berkenaan sebagai satu langkah penjimatan sedangkan wang cukai rakyat digunakan sebagai gaji tiga Timbalan Perdana Menteri sekiranya BN menang PRU 15 nanti.

“Kita boleh hentikan jawatan empat Menteri Kanan sebelum ini untuk digantikan dengan tiga TPM. Sudah pasti empat Menteri Kanan lebih besar peruntukan gaji dan elaun mereka berbanding tiga TPM.

“Jadi bagi saya, jawatan empat Menteri Kanan yang ditiadakan itu adalah pilihan terbaik apatah lagi alternatifnya adalah tiga TPM.

“Sudah pasti tiga TPM itu dikhususkan tugasan mereka bagi masing-masing membantu Perdana Menteri di Sabah, Sarawak dan Semenanjung,” katanya.

Menurutnya jawatan tiga TPM itu akan dijadikan manifesto BN dalam PRU 15 yang bakal mendatang kini.

Walaubagaimanapun sekiranya diperhalusi manifesto berkenaan hanya bakal menguntungkan sebelah pihak sahaja, hanya pemain politik yang bakal menerima ganjaran bukannya rakyat yang bersusah payah ini.

Tamat