Agensi penyelamat melaporkan jumlah mangsa banjir di Alor Gajah, Melaka meningkat pagi ini selepas kediaman mereka dinaiki air.

Menurut laporan, seramai 38 orang mangsa banjir daripada 11 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini 8 pagi tadi, berbanding hanya 27 individu daripada enam keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan sebuah lagi PPS dibuka di Alor Gajah iaitu Balai Raya Gadek pada 11 malam tadi yang menempatkan 11 mangsa daripada lima keluarga.

“Seramai 27 mangsa daripada enam keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal iaitu penduduk dari Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau,” menurut kenyataan itu.

Tamat