Hari ini anak muda betul-betul memberontak, tersepit dengan berbagai masalah, pengajiannya, ekonomi dan sebagainya serta hilang jiwa mereka.
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia GAMIS, Mohd Izzuddin Bin Aziz berkata, mereka penat dengan keadaan semasa kini.
“Nak belajar, kena bayar mahal. Nak kerja, dibayar murah.Orang selalu ulang, ‘dunia ini milik anak muda’ , ‘anak muda harapan negara’ dan lain-lain harapan yang menggunung tinggi.
“Tuntutannya banyak tetapi tawarannya sedikit. Kepada kalian yang berusia 15 hingga 30 tahun, kalian layak untuk rasa terbeban.
“Sambung belajar, terbeban hutang. Cari kerja, susah nak dapat. Duduk dengan ibu bapa, dikata menumpang. Duduk sendiri,hujung bulan makan maggi,” katanya mewakili suara anak muda kini.
Menurutnya rata-rata mereka semuanya mempunyai sijil pengajian yang bagus, bermula daripada peringkat sijil, diploma, ijazah, serta sarjana namun tiada tawaran kerja buat mereka.
Izzuddin berkata, apabila dilihat tiada satu pun yang mahu mengambil cakna isu anak muda. Tetapi pihak yang mahu memperkudakan isu anak muda bagi meraih undi sebegitu ramai.
“Nak masuk PRU ini, macam-macam tawaran dan sogokan diberi. Orang politik tahu besarnya peratus undi golongan muda.
“Manifesto seperti hapus PTPTN, bantuan kereta pertama, rumah pertama, kerja pertama, isteri pertama, semuanya dilaungkan,” katanya.
Jelasnya sepatutnya kerajaan dan semua pihak perlu membawa isu ini untuk diketengahkan, bukannya sebagai umpan politik semata- mata.
“Melihat kepada negara-negara yang berjaya dan sejarah-sejarah dunia, keperluan asas anak muda adalah jaminan untuk pendidikan dan pekerjaan.
“Tapi anak muda perlu bijak untuk menilai apa sebenarnya yang anak muda perlu? We have the power right now to choose and vote.
“Kepada anak muda, undilah Perikatan Nasional demi pendidikan dan pekerjaan yang lebih baik. Kita tidak menjanjikan bulan bintang, tetapi kita menjanjikan tawaran yang memberi penyelesaian dan manfaat untuk jangka masa panjang,”.
Tamat