Lain macam kali ini apabila PRU 15 semakin menjegah ke tarikhnya, masyarakat terkejut apabila melihat satu visual yang amat dikenali Najib Razak di kaca TV.
Walaubagaimanapun Jabatan Penjara Malaysia sedia maklum bahawa rakaman video berkenaan tular selepas ianya dirakamkan sebelum Najib dipenjarakan.
“Hasil semakan menunjukkan video tersebut telah dirakam lebih awal oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena Kembara Keluarga Malaysia episod 57 iaitu sebelum Najib dipenjarakan.
“Video yang ditayangkan TV1 pada 24 Oktober lalu menceritakan tentang sejarah dan latar belakang Pekan, Pahang dan tidak berkaitan dengan politik,”.
Penyandang ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd.
Sementara itu Jabatan Penjara Malaysia menasihat agar orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lanjut.
“Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab,” kata kenyataan itu.
Tamat