Negara kini diancam berbagai fahaman songsang yang berpaksi dari bumi asing bagi menyerang jalur pemikiran rakyat dalam usaha membentuk penjajahan era baru.
Melihat kepada tindakan mereka yang rakus ini, Gabungan Pertubohan Pondok SeMalaysia melalui persetujuan Ijtimak Pondok-pondok SeMalaysia bertegas membendung penularan pemikiran Wahabi kerana dilihat tidak selari dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Asyariaah Wal Maturidiah seperti yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pondok Se-Malaysia (PMPS), Tuan Guru Haji Ahmad Marzuki bin Yusuf berkata: “Perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam beberapa negeri di Malaysia seperti negeri tersebut ialah Kedah, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah.
“Oleh itu, sekiranya ada di kalangan calon PRU 15 ini merupakan pendukung gerakan Wahabi, secara langsung ianya telah melanggar undang-undang negara, jadi semua Umat Islam yang mengundi harus bersama mengadakan protes dan menerangkan kepada pimpinan semua parti Melayu serta Islam atas keperluan berpegang kepada Ahlusunnah Wal jamaah Assyairah Wal Maturidiyah di Malaysia yang berpegang kepada Mazhab Syafie sebagai yang utama.
“Selain itu kita mahu membendung fahaman Wahabi dan memastikan umat Islam mendominasi Parlimen supaya Islam terpelihara dan diperkasakan di Malaysia, serta pemimpin yg dipilih hendaklah mereka yg berpegangan, faham dan menghormati iktikad dinyatakan.
“Pihak Gabungan Pertubohan Pondok SeMalaysia juga tidak menolak kemungkinan menyembah YDPA demi menjaga kemurnian Islam dibumi Malaysia ini,” katanya.
Selain itu, resolusi itu juga mahu calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya akan datang bebas daripada fahaman Wahabi, Liberalisme, Pluralisme dan lain-lain.
“Pengamal gerakan Wahabi ini sebenarnya membahaya kerana mereka ini membawa fahaman yang memecah-belahkan masyarakat, kita bimbang sekiranya gerakan ini berleluasa bakal berlaku keretakkan dalam perpaduan umat Islam di Malaysia.
“Konsepnya sama seperti aliran pemikiran baharu seperti pemikiran Islam Liberal, Fahaman Salafiah Wahabiah yang melampau, Fahaman Syiah dan Fahaman Sufi yang menyeleweng dan terkeluar dari mazhab arus perdana boleh menyumbang kepada kekeliruan pemikiran masyarakat awam,” katanya.
Menurutnya tidak sekadar itu, golongan Wahabi ini turut berpegang dengan karangan kitab Ibnu Taimmiyah yang dikira ekstrim untuk diamalkan dalam Alam Melayu.
Ini kerana masyarakat Melayu mempunyai ideologi bersopan santun, berbudi bahasanya tinggi dan mengutamakan pendamaian.
“Menerusi sifat bangsa Melayu ini dapat ditakrifkan kita mengutamakan perpaduan dan persaudaraan Islam bukan permusuhan, perdamaian bukan peperangan, berpegang kepada prinsip tidak memuja pemimpin, tidak taksub sehingga mengkafir atau menyesatkan sesama Islam.
“Tidak seperti golongan jalur pemikiran golongan Wahabi ini dilihat ekstrim sehingga mengkafirkan umat Islam yang mahu mengikut mereka serta menghalalkan darah umat Islam.
“Contohnya seperti kumpulan Islamic State yang berpegang dengan akidah Wahabi dah Khawarij. Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia,” katanya.
Pada masa sama Fahaman Wahabi turut menolak sumber Hukum Syarak iaitu Ijmak Ulama dan Qias. Ijmak Ulama ialah Persepakatan dalam Hukum Syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.
Selain itu golongan Wahabi ini menolak kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di kuburan dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru.
Dalam satu kenyataan lain Ketua Pengarah Bahagian Anti-Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Datuk Ayob Khan Mydin Pichay berkata, pihaknya mengambil serius golongan yang selalu berteraskan Ibnu Tammiyah kerana banyak fatwa daripada ulama tersebut diseleweng Daish untuk menjustifikasikan tindakan ganas mereka.
“Ini berdasarkan pengakuan ahli Daish yang kita tahan, di samping bahan propaganda militan berkenaan seperti majalah atas talian ‘Dabiq’ yang jelas menyeleweng Fatwa Ibn Taimiyyah.
“Saya tidak mengatakan Ibnu Taimiyyah itu sesat,”
Tamat