Lain macam Arab Saudi kini, sedang sahaja para ulama risaukan bencana dan bala negara berkenaan tanpa segan silu kini sudah mula menerima dan menyambut perayaan Halloween secara besar-besaran.
Perayaan Halloween dimulai di Riyadh, Arab Saudi , setelah Boulevard diubah menjadi arena pesta kostum dengan tajuk “Akhir Pekan Menakutkan”. Acara ini berlangsung dua hari, 27-28 Oktober.
Menerusi satu posting di Facebook, Pendakwah Bebas, Ustazah Asma’ Harun berkata situasi ini sangat mengecewakan kerana negara itu sudah mula menerima pengaruh dan budaya barat yang sememangnya bercanggah dengan akidah Islam.
“Ini bukan kali pertama, bahkan pada tahun 2018, pesta sebegini juga sudah diadakan, tetapi Arab Saudi melarang dan menangkap warganya yang terlibat.
“Namun sekarang semuanya sudah berubah, ia semakin diterima secara terbuka bahkan dirayakan secara besar-besaran serta disokong oleh pihak kerajaan,” katanya.
Ustazah Asma’ juga berkata sebagai Muslim, kita haruslah menyatakan bantahan terhadap apa-apa jua acara yang melibatkan maksiat dan hiburan melampau.
Itulah yang kini dirisaukan oleh rakyat marhean, sekiranya mereka yang memerintah bukan dari kalangan yang beriman, pastinya akan berlaku kemungkaran dalam negara nanti.
Malaysia pun pernah tercalit program seperti ini apabila pemerintahan PH selama 22 bulan, turut diadakan pesta arak Oktoberfest secara besar-besaran dalam keadaan negara Islam.
Tamat