Terkejut semua apabila belum sempat PRU -15 tiba-tiba Jawatankuasa Pengurusan Nasional Parti Amanah Negara memecat keahlian Pengerusi Amanah Negeri Kedah, Datuk Phalrolrazi Mohd Zawawi berkuatkuasa serta-merta.

Hal ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada penyokong AMANAH selepas tindakan barisan kepimpinan parti berkenaan memboikot calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Jerai pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Menurut sumber Phalrolrazi didapati telah melanggar Perlembagaan parti, dan tindakan itu dibuat berasaskan peruntukan kuasa di bawah Fasal 6.2(b)

Phalrolrazi juga didapati mengingkari keputusan-keputusan parti dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Serentak dengan keputusan ini, Datuk Dr Ismail Bin Salleh, Timbalan Pengerusi Amanah Kedah akan menjalankan tugas-tugas pengerusi.

”Kedua-dua keputusan di atas berkuatkuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Tamat