“Ayah bertanding ini untuk rakyat, masyarakat di Port Dickson angkat, undi dan campak ayah di Parlimen ini untuk mendapatkan kuasa demi membantu rakyat, asnaf, orang susah dan menyelesaikan masalah mereka,” itu kata daripada Raja Report Ayahanda Rani Kulup.

Menurutnya beliau tidak gentar untuk berhadapan depan dengan sesiapa pun terutamanya Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mewakili Pakatan Harapan (PH) dan pelakon dan pengarah, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri mewakili Gerakan Tanah Air (GTA).

Aktivis popular berkenaan mengesahkan bakal bertanding atas tiket Barisan Penyatuan Nasional (BPN) di kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat keputusan menyertai politik selepas 22 tahun berjuang membawa suara rakyat melalui platform badan bukan kerajaan (NGO).

“Saya masuk politik ini bukan nak lawan siapa-siapa, bukan nak lawan parti politik sama ada dari Pas, UMNO, PKR, GTA mahupun DAP atau lain-lain parti, bukan sama sekali.

Abd Rani yang juga Ketua Bahagian BPN Port Dickson menjelaskan, beliau memilih Port Dickson kerana tiada kawasan lain untuk bertanding.

“Jikalau boleh 222 kerusi Parlimen ayah hendak bertanding. Ayah ikhlas untuk membantu kerana memikirkan rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak dan menetap di Gombak, Selangor itu berhasrat menyelesaikan isu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mewujudkan sebuah Perkampungan Veteran Lestari sekiranya dipilih nanti.

“Sejak 1973 hingga 1995, ayah berkhidmat dalam tentera selama 22 tahun dan jawatan terakhir sebagai Rejimental Sarjan Mejar di Kementerian Pertahanan (Kementah),” katanya.

Tamat