Hanya disebabkan tidak terpilih sebagai calon PRU-15, Naib Presiden Bersatu Mohd Rafiq Naizamohideen terus keluar parti secara langsung membuktikan keadaan dirinya berminat pada kuasa semata-mata.

Jika dilihat sebelum ini Rafiq sebelum ini, Parlimen Tangga Batu sudah lama diintai Rafiq namun akhirnya calon PAS dijangka bertanding di situ.

Pas Melaka mengesahkan bertanding di kerusi Parlimen Jasin dan Tangga Batu mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Timbalan Pengerusi PN Bahagian Jasin, Datuk Kamarudin Sidek berkata, keputusan itu sudah diputuskan secara muktamad pada Mesyuarat Presiden PN yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis lalu.

Bagaimanapun, menurutnya, nama calon yang akan bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan akan diumumkan sendiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang esok.

“Alhamdulillah, akhirnya terjawab pelbagai persoalan sama ada Pas kekal bertanding di Jasin dan Tangga Batu ataupun tidak.

“Terima kasih pucuk pimpinan tertinggi PN berjaya memuktamadkan pengagihan kerusi dan mengikut keputusan yang dipersetujui awal pada Mesyuarat PN Melaka sebelum ini.

“Walaupun pembahagian kerusi sudah selesai, tetapi, siapa calon Pas yang akan bertanding akan kita ketahui esok,”

Tamat