“Lagi dahsyat berbelas ribu ringgit pun dorang boleh dapat tapi kita je yang bayar cukai. Warga asing dapat gaji RM3,000 tu paling kurang dah tu. Biasanya gaji warga asing ini kira-kira RM4,000 hingga RM5,000.“Kadang-kadang RM6,000 pun ada,” itu kata seorang pemuda bernama Abdullah Jamadi di TikTok.

Menurutnya keadaan yang berlaku ini akibat tiada dasar seimbang buat pekerja warga asing ini kerana pada masa sama turut menikmati subsidi barangan sedangkan mereka tidak membayar cukai hatta satu sen pun.

Menurut sumber seorang pekerja asing di Malaysia dikatakan boleh meraih pendapatan bulanan setinggi RM4,000 hingga RM10,000, mengalahkan gaji graduan.

“Macam gardener rumah saya ini, dia dibayar gaji lepas itu ambil upah lagi. Upah untuk uruskan rumput sahaja sebulan RM300. Kalau ada 10 biji rumah, tak RM3,000? Belum tambah gaji bulanan dia lagi.

“Ada juga dalam kalangan warga asing yang gajinya RM7,000 hingga RM10,000 tiap-tiap bulan sebab dekat Malaysia ni memang banyak peluang'” katanya.

Bahkan jelasnya, gaji sekitar RM3,000 adalah paling rendah untuk warga asing dan tidak hairanlah jika pendapatan golongan ini boleh melebihi rakyat Malaysia sendiri.

Menurutnya keadaan ini dilihat tidak adil buat rakyat sendiri yang terpaksa berhempas pulas mencari rezeki disamping membayar cukai akhirnya warga asing mendapat keuntungan.

Selain itu, warga asing di negara ini juga dikatakan mampu memperoleh pendapatan sebesar berbelas ribu ringgit tetapi tidak dikenakan cukai seperti rakyat Malaysia yang lain.

Boleh dilihat sehingga kini, golongan warga asing akan lebih tertumpu di kedai runcit yang menyediakan barangan bersubsidi seperti minyak, gula, dan tepung gandum.

Mereka pula akan hadir dalam kumpulan yang ramai, membeli minyak paket bersubsidi dalam kuantiti yang banyak walhal digunakan untuk satu rumah.

Kini sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah mengambil cukai daripada pendapatan warga asing yang berkerja di Malaysia di samping mengenakan sekatan bagi setiap pembelian barangan bersubsidi.

Tamat