“Hapus tol di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika Pakatan Harapan menang” itu kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menerusi akhbar tempatan.

Menurutnya PH memberi jaminan sekiranya diberi kepercayaan memimpin sehingga lima tahun perkara berkenaan akan dilaksanakan.

Lim berkata, perkara penurunan kadar tol pernah dilakukan sebanyak 18 peratus ketika menerajui kerajaan selama 22 bulan.

Menerusi manifesto manifesto PH pada PRU14 lalu, Lim Guan Eng berjanji untuk mendapatkan harga terbaik bagi mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat.

Walaubagaimanapun kenyataan berkenaan mendapat templak daripada warga net, kerana PH dilihat gagal mengotakan janji pada PRU 14, tetapi masih lagi menggunakan manifesto lama sebagai umpan PRU 15 ini.

Tamat