Mengejutkan apabila seramai 149 mangsa maut dalam tragedi rempuhan dalam sambutan Halloween di Itaewon, Korea Selatan.
Menurut sumber tragedi berkenaan berlaku ribuan pengunjung bersesak – sesak dalam satu masa untuk menyambut Halloween di Itaewon, Korea Selatan. Keadaan berkenaan bertukar detik mencemaskan apabila orang ramai bersesak-sesak sehingga berlaku proses tolak-menolak.
Malah, mangsa-mangsa yang mengalami serangan jantung secara mengejut turut diberikan bantuan pernafasan (CPR) oleh pengunjung lain sementara menunggu ketibaan pihak hospital.
Menurut salah seorang pengunjung yang turut berada di tempat kejadian, dia memaklumkan bahawa seramai lebih 400 anggota keselamatan ditugaskan untuk membantu mangsa serta bagi meredakan keadaan agar jumlah pesakit tidak bertambah.
Difahamkan punca kejadian adalah kerana rempuhan yang berlaku dari kesesakan kawasan kerana dipenuhi pengunjung menyebabkan ianya sempit dan orang ramai sukar untuk bernafas.
Mangsa-mangsa yang mengalami kecederaan akibat rempuhan berkenaan turut dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera.
Tamat