Dikala waktu hangatnya PRU 15, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telahpun mengeluarkan laporan ramalan cuaca pada 5 November 2022 nanti.
Berdasarkan ramalan pihak NADMA, seluruh ibu negara dijangka dilanda ribut petir di sebelah petang, manakala hujan di sebelah pagi. Pada masa sama, Selangor yang juga negeri di Zon Tengah Malaysia diramalkan dilanda ribut petir di beberapa Parlimen.
Antaranya, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Pandan, Bangi, Sungai Besar, Selayong, Ampang dan Hulu Langat. Manakala 13 Parlimen lagi di Selangor dijangkakan ‘tiada hujan’ di sebelah petang, namun diramalkan hujan pada sebelah pagi.
Di Wilayah Persekutuan Putrajaya pula, walaupun cuaca diramalkan baik di sebelah petang, namun juga dijangka hujan pada sebelah pagi.
Maklumat awal daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Bin Salleh yang memaklumkan bahawa tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 ditetapkan pada hari Sabtu, 19 November 2022, manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 05 November 2022.
Tamat