“Kalau tidak mahu pilih saya, tidak apa, pilih yang lagi empat yang disenaraikan itu, jangan letak nama di luar itu. Pilih dari Badan Perhubungan UMNO Negeri, bukan di bawah Top 5,” itu kata tegas daripada penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurutnya dia kecewa tindakan Top 5 UMNO yang menutup Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Arau.

“Malam ini malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan.

“Kali pertama dalam sejarah. Cuma saya hendak beritahu saya sedih, kerana dalam sejarah dan sepanjang perjuangan saya, perkara atau situasi ini tidak pernah berlaku.

Terdahulu susah terdapat, desas-desus mengatakan namanya mungkin akan digugurkan sebagai calon Parlimen berkenaan pada PRU15.

Menurutnya berikutan penutupan semua bilik gerakan BN Bahagian Arau malam ini, namun berkata ia mungkin kerana pimpinan bahagian tidak berpuas hati dengan pemilihan calon luar.

“Penutupan bilik gerakan dan penurunan bendera BN juga mungkin disebabkan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO, Barisan Nasional di Arau tidak berpuas hati dengan proses pemilihan calon”, katanya.

Menurutnya sepatutnya calon-calon yang akan dipilih mewakili BN dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) adalah daripada cadangan yang dikemukakan daripada peringkat bahagian.

“Calon tidak boleh dipilih daripada nama yang berada luar daripada senarai lima nama yang dihantar oleh bahagian.

“Berdasarkan Fasal 15.13.1 Perlembagaan UMNO, tanggungan, kuasa, dan kewajipan Jawatankuasa Bahagian adalah untuk mencadangkan calon-calon bagi pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, wakil-wakil parti bagi menganggotai Majlis Bandaraya, Perbandaran, Bandaran Tempatan dan Daerah melalui mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian.

“Kalau letak juga saya nak beritahu dan maklumkan, calon Barisan Nasional itu tidak boleh menang, dengar saya sebut sekali lagi, dia tidak boleh menang,” katanya dengan tegas.

Tamat