Apabila 60 tahun pemerintahan sebelum ini, ramai tokoh BN terpalit dengan isu rasuah sehingga rakyat naik muak dengan intergriti calon BN.

Pemimpin Zahid Hamidi utamanya masih dalam kes rasuah, bekas pemimpinnya Najib dipenjarakan akibat najis rasuah, kini dikatakan BN mengambil pendekatan memastikan 160 calon yang bertanding mengangkat sumpah untuk tidak menyeleweng dan mengkhianati amanah apabila menjadi pemimpin.

Bacaan ikrar dan aku janji itu diketuai calon Parlimen Rembau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam.

Menurut sumber intipati angkat sumpah itu adalah akan taat setia melindungi dan mempertahankan kedaulatan negara, tidak mengkhianati amanah, tidak menyalahgunakan kuasa dengan mengambil rasuah dan sebagainya.

Lebih islamik mereka juga berbai’ah dan bersumpah untuk mematuhi segala terma-terma dalam kontrak dengan parti sebagai mana yang telah ditandatangani.

Sekiranya melanggar sumpah berkenaan mereka perlu meletakkan jawatan dari menjadi ahli Dewan Rakyat apabila keluar atau dipecat daripada parti.

Tamat