Viral Akujanji’ Calon BN perlu bersetuju Zahid Hamidi dilantik sebagai PM tertiary apabila imej foto berkenaan dimuat naik di beberapa laman sosial maya.
Imej foto Aku Janji berkenaan mengundang rasa gelisah masyarakat sekiranya perkara berkenaan adalah betul dan terpaksa memilih Zahid HAMIDI sebagai PM sekiranya BN menang PRN 15 nanti.
Walaubagaimanapun Pengarah Komunikasi BN Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menafikan perkara berkenaan, akujanji palsu yang tertera adalah palsu sama sekali.
” Satu akujanji yang disebarkan di media sosial antara lain kononnya calon Barisan Nasional (BN) perlu bersetuju Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai perdana menteri adalah palsu.
“Disahkan bahawa akujanji yang disebarkan dan sedang viral ini adalah palsu dan tidak benar. Tiada sebarang akujanji sebegini dilakukan,” katanya.
Shamsul Anuar yang akan mempertahankan Parlimen Lenggong pada Pilihan Raya Umum ke-15 melahirkan perasaan kecewa kerana wujudnya berkenaan.
“Mohon rakyat Malaysia yang mendapat akujanji palsu ini tidak terpengaruh dengannya.
“Pihak saya amat kesal dengan permainan politik sebegini,” jelasnya.
Ada kalangan netizen di laman Twitter turut mempersoalkan ketulenan surat tersebut berikutan kesalahan ejaan ‘memenagi’ yang disifatkan sebagai kelakar.
Sementara itu, ada juga yang bertanya adakah Datuk Seri Ismail Sabri turut menandatangani surat akujanji yang mencadangkan Ahmad Zahid sebagai perdana menteri jika menang BN menang PRU kelak.
Tamat