Hanya dengan alasan mabuk akibat minum arak, setiap jenayah yang dilakukan bakal terlepas daripada hukuman, membunuh, langgar sampai mati, bergaduh, serta mencuri.
Sampai bila nak agungkan mereka yang mabuk in, terbaru hanya bermodalkan alasan mabuk dua anggota polis cedera selepas diserang seorang lelaki mabuk yang menceroboh sebuah rumah dalam kejadian di Batu 4 Jalan Kapar di sini pada awal pagi Rabu.
Cukup menyakitkan hati, lelaki berkenaan merupakan warga negara Sri Lanka, yang pastinya akan ada NGO memberikan sokongan kepada pemabuk itu sekiranya pihak polis mengambil tindakan keras kepada mereka sewaktu bertugas.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pada jam 2.04 pagi, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara telah menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan rumahnya dimasuki individu tidak dikenali.
“Dua anggota kereta peronda polis (MPV) IPD Klang Utara telah dihantar ke lokasi terbabit.
“Apabila sampai di lokasi, didapati lelaki yang menceroboh rumah terbabit berada di kediaman itu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, semasa tangkapan hendak dibuat, lelaki terbabit bertindak agresif dan menyerang dua anggota polis berusia lingkungan 30 dan 50-an itu menggunakan batu.
“Tindakan suspek itu mengakibatkan seorang anggota polis mengalami lebam di kepala manakala seorang lagi menerima enam jahitan di kepala akibat pergelutan,” itu.
“Suspek warga Sri Lanka berusia 36 tahun kemudian berjaya diberkas dan ujian saringan air kencing suspek negatif dadah,” katanya.
Tamat