Belum sempat hari penamaan calon bagi PRU 15, Kota Tinggi, Johor kini dilanda banjir mengakibatkat 93 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pindahan sementara (PPS) di Dewan Al-Barakah.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) memaklumkan bahawa sebuah pusat pemindahan sementara , Kota Tinggi dibuka pada 10 malam tadi, menempatkan 72 mangsa daripada 18 keluarga.
“Ini menjadikan keseluruhan tiga PPS dibuka, termasuk dua PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak dan Balai Raya Kampung Kuala Paya yang menempatkan 21 mangsa daripada enam keluarga di Segamat, sejak semalam.
“Antara kawasan yang terjejas termasuk Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya di Segamat dan Kampung Sri Jaya serta Kampung Sri Delima di Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya semalam, limpahan air Sungai Muar menyebabkan beberapa rumah dinaiki air dengan paras air di lokasi terjejas mencecah paras lutut.
Oleh itu orang ramai dinasihatkan segera berpindah sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan berlakunya situasi yang lebih buruk.
Tamat