Agak terkejut melihat berlaku aksi pergaduhan sehingga menimbulkan kekecohan melibatkan ahli UMNO di sebuah bilik gerakan parti berkenaan, di Gerik, Perak.
Mengikut daripada sumber, mengatakan kejadian berkenaan berlaku akibat berlaku rasa ketidakpuasan hati selepas tidak terpilih menjadi calon bertanding.
Menurutnya mereka mempersoalkan kredibiliti Asyaraf Wajdi yang terpilih untuk bertanding di kawasan berkenaan sedangkan dia adalah orang luar.
Ianya kerana sudah menjadi tradisi di kawasan berkenaan, hanya pemimpin tempatan yang biasanya akan dipilih untuk bertanding mewakili UMNO.
Video viral berdurasi 1 minit dan 32 saat itu menunjukkan berlaku pertikaman lidah, kemudiannya berlarutan hingga hampir berlaku pergaduhan.
Bagaimanapun insiden itu berjaya dileraikan oleh ahli parti lain yang berada di situ.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Suprintendan Zulkifli Mahmood mengesahkan kekecohan terbabit.
Tamat