Pastinya timbul kegelisahan pada riak wajah Presiden Barisan Nasional BN apabila kajian daripada laman web https://smartpolls.co.uk/p/5256/results menunjukkan parti komponen itu dijangka kalah teruk dalam PRU 15 nanti.

Menerusi daripada data yang ada mendapati hanya 9 peratus pengundi yang menyokong BN bersamaan jumlah 207, 579 orang melalui kajian survey berkenaan.

Menurut data awal mendapati kejatuhan angka daripada BN disebabkan peralihan sokongan akar umbi BN kepada Perikatan sudah bermula.

Berdasarkan sumber lain dinyatakan ramai ahli BN sendiri tidak berpuas hati apabila sikap Zahid Hamidi yang dikatakan penipu dalam urusan penentuan calon parlimen PRU15.

Tinjauan ke atas platform undi atas talian mendapati kenaikan mendadak undi terhadap PN sejurus selepas hari pengumuman calon.

Ianya dipercayai akibat dorongan sentimen tidak puas hati dan protes senyap akar umbi BN. Dijangkakan undian akan terus meningkat lagi menjelang hari penamaan calon.

Contohnya penyokong UMNO memboikot pencalonan Asyraf Wajdi di Gerik, akhirnya menyebabkan beberapa tokoh BN dijangka bertanding atas tiket Perikatan Nasional kerana ditikam dari belakang.

Tamat