Ramai rakyat kini mulai bimbang dengan tawaran daripada PH yang kononnya mahu memberi jaminan bahawa DAP tidak akan menguasai parti berkenaan secara total.

Walaupun tiada sebarang jaminan daripada DAP dan PKR namun berdasarkan rekod selama 22 bulan sebelum ini, PKR, dan Amanah dilihat hanya sebagai kuda tunggangan parti bersifat komunis itu.

Keadaan ini dilihat menjadi sebagai mimpi ngeri bagi pengundi Islam dan Melayu apabila mereka dianaktirikan sewaktu pemerintahan PH.

Walaubagaimanapun Anwar Ibrahim menafikan perkara berkenaan menjelaskan bahawa DAP merupakan rakan parti yang setia serta menghormati prinsip dan Perlembagaan negara.

“Saya ditanya kebimbangan DAP menguasai kerajaan nanti, pertama yang menjadi ketua pada 20 November nanti sekiranya menang bukanlah Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) tetapi Anwar Ibrahim.

“Ini peluang terbaik kita buat politik baru, betul Melayu penting tapi kita nak buat politik baru supaya betul-betul orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan betul-betul solid, bina negara ini sebagai pasukan bersama yang sayang dan tolong satu sama lain.

“Negara ini kaya dan saya kalau memimpin, saya pemimpin kepada semua rakyat. Itu jawapan saya,” katanya.

Walaubagaimanapun pimpinan PH sebelum ini secara terang-terangan pernah meletakkan maruah Islam dan Melayu di bawah kaki, namun kali ini Anwar berjanji untuk mengangkatnya semula bukan seperti waktu pemerintahan Tun Mahathir.