“Kesemua ahli dan penyokong MCA kecewa sehingga bertindak menutup bilik gerakan serta berikrar akan memboikot PRU di Parlimen Batu,” ahli MCA.

Itu antara keluhan ahli MCA apabila kerusi itu akhirnya diserahkan kepada MIC pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Menurutnya mereka kecewa dan rasa diperbodohkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kerana akhirnya Naib Presiden MIC, Datuk Kohilan Pillay yang bertanding di kawasan berkenaan.

“Memang betul nama MIC yang disebut tapi MCA tetap berharap kerana mereka yakin boleh menang lagi-lagi dengan bekas penyandang, Tian Chua tidak lagi wakili PKR. Gerakan juga tidak bertanding.

“Disebabkan situasi ini, calon MIC pun pening kerana berharap dapat kerjasama dan duduk semeja berbincang,” katanya.

Menurut sumber sebelum ini, bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua akan bertanding secara bebas bagi menentang penyandangnya, Prabakaran.

Parlimen Batu yang satu ketika milik BN pernah menjadi kubu Gerakan sebelum bertindak meninggalkan BN selepas 2018 dan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Setakat ini, MalaysiaGazette difahamkan seramai sembilan calon akan bertanding, antaranya, BN (Kohilan), PH (Prabakaran), PN (Ustaz Azura), Warisan (G Nathan), GTA (Wan Adzlina), Siti Kassim bebas), Nur Fathia Cleo ( bebas) dan PRM (Zulkifli Fattah).

Tamat